Ikuti Kami:

“Tak Malu Ke” – Jo Hyejeong Kembali Lepas 5 Tahun Dalam ‘Our Blues’, Isu Gangguan Seksual Bapa Diungkit

“Tak Malu Ke” – Jo Hyejeong Kembali Lepas 5 Tahun Dalam ‘Our Blues’, Isu Gangguan Seksual Bapa Diungkit

Sekian lama mendiamkan diri, Jo Hye-jeong tanpa diduga membuat kemunculan semula dalam drama “Our Blues” baru-baru ini.

Dalam episod awal itu, watak Jo Hye-jeong digambarkan sebagai haenyeo amatur yang rapat dengan watak Han Ji-min iaitu Lee Young-ok. Babak pertama melibatkannya ialah apabila watak Jo Hye-jeong meminta wanita itu supaya bersabar sahaja apabila mendengar omelan haenyeo lain yang lebih berpengalaman.

Kalau anda nak tahu, ini merupakan kemunculan pertamanya selepas drama “Go Back Couple” pada tahun 2017. Selain itu, Jo Hye-jeong pernah berlakon dalam drama lain seperti “God’s Quiz 4”, “The Alchemist”, “Because It Is The First Time”, “Cinderella And Four Knights”, “Weightlifting Fairy Kim Bokjoo” dan banyak lagi.

jo jaehyun jo hyejeong

Walau bagaimanapun, aktiviti seninya sama-sama terhenti dengan ayahnya Jo Jae-hyun apabila lelaki itu terpalit dengan isu ‘MeToo’ di mana dia dituduh melakukan gangguan seksual oleh pelakon Choi Yul. Tak lama kemudian, lelaki itu mengakuinya.

Bukan itu sahaja, seorang wanita bernama ‘A’ turut menfailkan saman atas tuduhan yang sama namun mahkamah berpihak pada Jo Jae-hyun.

Tak seperti ayahnya yang terus menjauhkan diri daripada dunia hiburan, Jo Hye-jeong mengambil keputusan untuk kembali dalam dunia lakonan menerusi watak kecil dalam “Our Blues”. Malah agensinya mengesahkan bahawa dia mendapat watak tersebut menerusi uji bakat yang sengit dan bukan kerana hubungan kuatnya dalam industri.

jo hyejeong

Selepas kemunculan Jo Hye-jeong, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka tidak selesa melihatnya di kaca televisyen memandangkan dia menjadi pelakon atas bantuan Jo Jae-hyun. Namun segelintir yang lain mengatakan bahawa tidak sepatutnya gadis itu terpalit sama atas kesalahan orang lain.

Antara komen penonton:

Buang anak Jo Jae-hyun!

 

Anak Jo Jae-hyun patut buat kerja lain. Memang kena muncul di TV ke?

 

Kenapa anaknya pula kena tanggung kesalahan bapa?

 

Lakonan Jo Hye-jeong memang bagus ke~ Dia hanya menggunakan kelebihan ayahnya, meluat melihatnya.

 

Tak malu ke? Walaupun tahu kesalahan ayahnya, tapi dia boleh menebalkan muka dan keluar dalam drama.

 

Kalau dilihat, anaknya juga merupakan mangsa keadaan.

jo hyejeong our blues

Terbukti kemunculannya itu mendapat perhatian ramai, nama Jo Hye-jeong tersenarai di tempat pertama dalam ranking yang dikeluarkan oleh Good Data Corporation iaitu ‘Pelakon Paling Banyak Dicari’ untuk minggu pertama April di mana dia mengalahkan nama popular lain seperti Kim Se-jeong, Kim Hee-sun, Ahn Hyo-seob dan lain-lain.

Apa pandangan anda mengenai hal ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...