Ikuti Kami:

“Dia Banyak Tonton Video Kami” – Jeongyeon TWICE Beri Sokongan Buat Debut NMIXX

“Dia Banyak Tonton Video Kami” – Jeongyeon TWICE Beri Sokongan Buat Debut NMIXX

Sebagai kumpulan termuda dalam JYP Entertainment, NMIXX pastinya dapat sokongan daripada senior mereka kan?

Pada siaran 6 Mac SBS Inkigayo, kumpulan gadis rookie NMIXX telah mengadakan temu bual bersama hos program, bagi mempromosikan album sulung mereka.

Apabila salah seorang MC, Ji-hoon TREASURE bertanya kepada NMIXX,

Sebagai kumpulan JYP termuda, anda pasti telah menerima banyak galakan dan sokongan daripada senior anda. Sokongan mana yang paling diingati?

https://twitter.com/twice_trans/status/1500374183146319876

Sull-yoon kemudiannya menjawab,

Jeong-yeon sunbaenim memberitahu kami bahawa dia telah menonton banyak video kami dan dia juga sering menyokong kami. Saya rasa itulah dorongan yang paling tidak dapat dilupakan. Jeong-yeon sunbaenim, terima kasih dan kami sayang awak.

Selain itu, ini juga bukan kali pertama NMIXX berkongsi soal sokongan dari TWICE. Terdahulu pada siaran 23 Februari program Weekly Idol, NMIXX mendedahkan bahawa TWICE telah membantu mereka sejak mereka menjadi pelatih. Malah, seorang ahli pernah menerima surat tulisan tangan daripada TWICE.

nmixx

Teruja nak lihat interaksi mereka di skrin televisyen.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...