Ikuti Kami:

Cipta Rekod Album Debut Terlaris, Single Pertama NMIXX Lepasi 220K Jualan

Cipta Rekod Album Debut Terlaris, Single Pertama NMIXX Lepasi 220K Jualan

Meskipun baru sahaja debut, kumpulan gadis baharu JYP Entertainment iaitu NMIXX, telah berjaya mencipta rekod baharu bagi jualan album!

Single pertama NMIXX “AD MARE” yang mengandungi 4 senarai lagu iaitu judul lagu “O.O” dan “TANK”, serta 2 lagu yang sama dengan versi instrumental, telah dikeluarkan secara rasmi pada 22 Februari. Setakat 1 Mac 2022, album tersebut telah mencapai 227,399 jualan dalam Initial Chodong (jualan album selama seminggu sejak tarikh keluaran) berdasarkan tapak agregasi album Hanteo Chart.

Selain itu, album tersebut juga telah berjaya memegang rekod untuk album debut terlaris 2022 pada minggu pertama keluaran!

Tahniah NMIXX! Korang dah dengar lagu debut diorang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...