Ikuti Kami:

“Tak Salah Jadi Seksi Tapi..” – Lisa BP Dikritik Netizen Cina Dek Akan Buat Persembahan Di Kelab Malam

“Tak Salah Jadi Seksi Tapi..” – Lisa BP Dikritik Netizen Cina Dek Akan Buat Persembahan Di Kelab Malam

Sebagai seorang artis, Lisa BLACKPINK pastinya ingin sentiasa mencabar dirinya untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sebelum ini, Lisa telah diumumkan bakal membuat persembahan solo kabaret di Crazy Horse, Paris yang bakal berlangsung pada 28, 29 dan 30 September ini.

Untuk pengetahuan, Crazy Horse adalah sebuah kelab malam terkenal di Perancis, untuk persembahan kabaret tanpa baju yang dianggap sebagai ekspresi artistik. Antara bintang lain yang pernah memeriahkan pentas yang sama adalah Beyoncé, Frederick Wiseman, Pamela Anderson dan ramai lagi.

Bagaimanapun, Lisa telah menerima kritikan dari netizen Cina menerusi laman Weibo, yang meluahkan rasa kecewa mereka terhadap pengumuman itu. Selain itu, akaun Instagram idola tersebut turut ‘diserang’ oleh netizen Cina.

lisa crazy horse paris

Antara komen yang ditulis,

Dia mempunyai ramai peminat remaja namun, dia tetap memutuskan untuk membuat persembahan di kelab.

 

Peminat sering mengadu tentang penggaya yang memberikan mereka pakaian yang provokatif tetapi idola itu sendiri pergi menari di kelab-kelab strip.

 

Menjadi seksi dan yakin tidak mengapa tetapi idola terkemuka membuat persembahan di tempat seperti Crazy Horse adalah tidak boleh diterima!

 

Mengapa buat persembahan di kelab menjadi simbol ‘kebanggaan dan kebebasan wanita’?

Meskipun begitu, peminat membuat spekulasi bahawa persembahan Lisa mungkin akan berbeza dari sebelum ini, dan lebih memfokuskan kepada teater muzikal atau tarian sepenuhnya.

Hmm, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...