Ikuti Kami:

Dijangka Bakal Tampil Provokatif, Lisa BP Akan Buat Persembahan Solo Dalam Kelab Malam Di Paris

Dijangka Bakal Tampil Provokatif, Lisa BP Akan Buat Persembahan Solo Dalam Kelab Malam Di Paris

Selain aktiviti kumpulan, Lisa BLACKPINK nampaknya akan terus mengembangkan kerjayanya sebagai artis solo.

Terbaru, Lisa telah mengumumkan bahawa dia akan melakukan persembahan solo kabaret di Crazy Horse, Paris yang bakal berlangsung pada 28, 29 dan 30 September ini.

Bagaimanapun, ada peminat yang telah meluahkan rasa risau mereka kerana Crazy Horse adalah sebuah kelab malam terkenal di Perancis, untuk persembahan kabaret tanpa baju yang dianggap sebagai ekspresi artistik.

Meskipun begitu, peminat membuat spekulasi bahawa persembahan Lisa mungkin akan berbeza dari sebelum ini, dan lebih memfokuskan kepada teater muzikal atau tarian sepenuhnya.

lisa crazy horse

Sementara itu, peminat yang hadir menonton persembahan tersebut akan sepenuhnya dilarang untuk mengambil foto atau video dan berkongsi di media sosial.

Fuh tak sabar nak tengok persembahan Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...