Ikuti Kami:

“Dia Baca Komen Ke?” – Lepas Gaya ‘Tangkap Muat’ Dikritik, Song Jihyo Tampil Kemas Dalam Episod Baru ‘Running Man’

“Dia Baca Komen Ke?” – Lepas Gaya ‘Tangkap Muat’ Dikritik, Song Jihyo Tampil Kemas Dalam Episod Baru ‘Running Man’

Ingat tak ramai yang geram apabila penggaya Song Ji-hyo sepertinya buat kerja ‘tangkap muat’ sahaja dengan penampilan pelakon itu sejak kebelakangan ini?

Nampaknya mungkin kritikan itu sampai ke pengetahuan mereka dek wanita itu yang kelihatan cantik menawan semasa episod “Running Man” yang terbaru ini. Bahkan kesemua ahli rancangan tersebut turut terkejut melihat Song Ji-hyo yang tampil bergaya, tak seperti selalu.

Lee Kwang-soo yang terkejut bertanyakan,

Kakak, awak singgah ke salon ke tadi?

song jihyo cantik

Tapi si ‘abang-abang’ nakal pula asyik mengusik Song Ji-hyo dan meminta ‘adik’ mereka itu untuk berhenti ke salon rambut supaya dapat mengekalkan imejnya yang sudah terpahat selama ini.

song jihyo cantik

Terus Yang Se-chan berseloroh,

Pergi atau tak pergi, awak semua pasti akan kata sesuatu juga.

song jihyo cantik

Menurut Song Ji-hyo, dia cuba kelihatan kemas bagi menyambut kehadiran musim luruh. Malah Kim Jong-kook bersetuju yang gaya rambutnya nampak kemas dan Yang Se-chan menambah bahawa wanita itu kelihatan tenang dengan gaya terbaru ini.

Masalahnya sekarang, Song Ji-hyo buat gaya macam mana pun akan tetap nampak bergaya dan cantik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...