“Teruk Betul Rambutnya” – Fesyen Kian Unik, Netizen Kritik Gaya ‘Tangkap Muat’ Oleh Stylist Song Jihyo

penggaya song jihyo dikritik

Umum mengetahui bahawa Song Ji-hyo merupakan seorang pelakon yang sangat menawan dan rupawan. Walaupun dah cecah usia 40 tahun tetapi wanita itu masih lagi kekal anggun sehingga ramai yang salah anggap bahawa dia maih berusia awal 30-an.

Kalau anda perasan, pelakon ini sepertinya lebih selesa dengan penampilan yang ringkas dengan t-shirt besar dan juga seluar panjang sama ada jenis kargo ataupun jeans. Pun begitu, nampaknya banyak peminat yang tak berpuas hati dengan pakaian yang dikatakan hasil inspirasi penggaya rasmi Song Ji-hyo tersebut.

penggaya song jihyo dikritik

Kisah bermula apabila ramai yang tidak berpuas hati dengan gaun labuh yang dikenakan oleh wanita cantik tersebut semasa sidang media filem “Intruder”. Sampaikan ada yang kata kombinasi warna hijau lembut dan coklat itu membuatkan dia kelihatan seperti ‘mint chocolate’. Aduh!

Bahkan ramai juga yang mempertikaikan gaya ‘unik’ yang dikenakan oleh Song Ji-hyo pada saban minggu tayangan “Running Man”. Macam ada yang tak kena sahaja pada mata peminat dan penonton!

penggaya song jihyo dikritik penggaya song jihyo dikritik

Bertambah tepuk dahi apabila stail rambut Song Ji-hyo baru-baru ini terus membuatkan orang ramai keliru apabila melihatnya. Macam tak selesa sahaja apabila rambut depan berjuntai seperti itu.

penggaya song jihyo dikritik

Boleh nampak kekecewaan peminat Song Ji-hyo apabila membacakan komen kritikan mereka:

Dia ada penggaya sendiri? Banyak kali kot dia muncul tanpa membuat rambut dan bersolek..

 

Saya ingatkan dia pakai baju sendiri untuk ‘Running Man’.. Song Ji-hyo memiliki wajah dan tubuh badan yang cantik jadi pakaian sebegini tak nampak pelik tapi sepertinya penggayanya langsung tak ambil kisah dengan penggayaan dia langsung. Disebabkan ‘Running Man’ adalah rancangan yang memerlukan dia menggunakan badan, sepatutnya dia diberikan pakaian bersukan kasual.. lebih elok daripada apa yang dipakainya sekarang ini.

 

Melampau betul pakaian begini untuk wajah secantiknya…

 

Apa kata saya sahaja jadi penggaya awak?

 

Teruk betul rambutnya..

 

Song Ji-hyo memang cantik tapi dia kelihatan seperti ‘mint chocolate’

Ramai betul yang marah! Anda rasa bagaimana penampilan Song Ji-hyo ini, adakah perlu diubah ataupun ianya kelihatan okay sahaja?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply