Ikuti Kami:

“Dia Akan Tanya Orang..” – Nak Jadi Selebriti, Byul Dedah Keletah Comel Anak Perempuannya

“Dia Akan Tanya Orang..” – Nak Jadi Selebriti, Byul Dedah Keletah Comel Anak Perempuannya

Byul telah berkongsi kisah mengenai anak perempuannya Ha Song.

Baru-baru ini, Byul yang juga merupakan isteri kepada Haha “Running Man” telah membuat kemunculan di satu rancangan radio di mana dia telah menceritakan keletah anak perempuannya, Ha Song.

Katanya,

Saya dan suami saya rasa yang anak perempuan kami sangat kelakar.

Tambahnya,

Song dah mula fikir bahawa dia dah masuk ke dalam industri hiburan dan jadi selebriti. Sampai tahap apabila dia berjumpa dengan orang lain di dalam lif, dia akan tenung mereka seolah-olah dia mahu mereka mengenalinya.

ha-song

Sambungnya lagi,

Apabila orang ramai mula tegur dan kata mereka mengenalinya, Song akan mula jadi peramah dan tanya jika mereka tonton ‘Haha Bus’.

Terlebih dahulu, Byul dan Haha telah mengikat tali perkahwinan pada tahun 2012 dan dikurniakan anak pertama mereka iaitu Dream, setahun selepas itu.

Mereka kemudiannya telah menyambut kelahiran anak lelaki kedua mereka, Soul pada tahun 2017 dan anak perempuan tunggal mereka Song pada tahun 2019.

Comel kan Ha Song!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...