Ikuti Kami:

“Dia Akan Lingkup..” – Yoon Hyunmin & Baek Jinhee Berpisah Dek Sumpahan Jeon Somin?

“Dia Akan Lingkup..” – Yoon Hyunmin & Baek Jinhee Berpisah Dek Sumpahan Jeon Somin?

Tak semua perkara akan kekal selamanya, sama juga seperti hubungan antara pasangan bercinta.

Kelmarin, pihak Yoon Hyun-min dan Baek Jin-hee mengesahkan bahawa mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing selepas 7 tahun bercinta akibat berasa jauh dek kesibukan jadual seni.

Meskipun ramai yang meluahkan rasa sedih melihat hubungan tersebut kecundang meskipun sudah lama terjalin namun ada yang mengaitkan hal berkenaan dengan ‘sumpahan’ kekasih lama Yoon Hyun-min iaitu Jeon So-min. Eh?

Bagi yang tidak mengetahui, Yoon Hyun-min dan Jeon So-min pernah mengakui hubungan mereka pada 2015 namun berpisah selepas beberapa bulan. Pun begitu, lelaki itu dituduh mungkin mencurangi pelakon wanita apabila mengesahkan sedang bercinta dengan Baek Jin-hee tak lama selepas perpisahan tersebut.

Disebabkan itu, terdapat segelintir peminat yang masih menyimpan rasa kesal terhadap lelaki berkenaan meskipun hal itu sudah lama berlaku. Malah ada yang mengaitkan perpisahan bersama Baek Jin-hee sebagai balasan atas kecurangannya dahulu. Ini kerana tilikan nasib Jeon So-min pada tahun lalu kembali tular berkaitan dengan hal ini.

Kata penilik nasib itu,

Awak mempunyai kebolehan untuk menyumpah. Kalau ada lelaki yang mengkhianati, awak akan berkata ‘Awak akan gagal, awak akan musnah’. Lelaki itu benar-benar akan melingkup.

Malah Jeon So-min mengakui bahawa kesemua lelaki yang menyakitkan hatinya sebelum ini sentiasa gagal dalam kehidupan.

Wahh, korang rasa betul ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...