Ikuti Kami:

“Dia Ajak Duduk Dengan Dia” – Peminat Kongsi Pengalaman Jumpa Seungri Di Pavilion KL

“Dia Ajak Duduk Dengan Dia” – Peminat Kongsi Pengalaman Jumpa Seungri Di Pavilion KL

Eh Seungri bekas ahli BIGBANG sedang berada di Malaysia sekarang?

Baru-baru ini, seorang peminat di Instagram telah berkongsi bahawa dia terserempak dengan Seungri di Pavilion Kuala Lumpur dan juga memberitahu betapa sayangnya dia pada kumpulan BIGBANG.

Dalam hantaran yang dikongsi, peminat itu menulis,

Saya dan anak saya. Untuk anak perempuan saya yang telah menyayangi Seungri selama 9 tahun sejak dia berumur 13 tahun. Kami telah menyayangi BIGBANG selama 12 tahun.

Kami sangat gembira dapat bertemu dengan Seungri dan melihatnya dengan baik dan positif serta berusaha untuk menjadi lebih baik. Kami sangat berbangga dengan dia kerana kuat dengan sendiri! Seungri kami tetap sayangkan awak, awak selalu fikir kami tidak. VIP sejati sayang anda!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shimmy Gee (@shimmygee)

Sambungnya lagi dengan bercerita tentang pertemuannya dengan Seungri,

Kami secara tidak  sengaja melihatnya. Saya mendekati dia dengan hadiah kecil. Kami beritahu dia kami merinduinya. Betapa VIP merinduinya. Dan dia suruh datang untuk ambil gambar dengannya.

Apabila dia berkata mari duduk sertai saya. Kami 😭😭😭!

Macam mana keadaan dia malam itu? Macam boss! Betul-betul seperti seorang CEO.

Uuu Seungri buat apa tu kat Malaysia ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...