Ikuti Kami:

“Dia Adalah Seorang Yang Baik” – Jessi Kongsi Pengalaman Berborak Dengan Jimin BTS

“Dia Adalah Seorang Yang Baik” – Jessi Kongsi Pengalaman Berborak Dengan Jimin BTS

Ahli BTS bukan sahaja berbakat, malahan turut mempunyai personaliti yang disenangi ramai.

Terbaru pada 15 Julai, penyanyi dan pengacara Jessi telah mengadakan siaran langsung menerusi Instagram miliknya.

Seperti yang diketahui ramai, pada 14 Julai lepas, ahli BTS J-Hope telah mengadakan parti mendengar “Jack in the Box”, bagi meraikan keluaran album solonya. Idola itu telah menjemput ramai sahabat selebritinya termasuklah Jessi sendiri.

Semasa sedang berborak dengan peminat ketika siaran langsung, Jessi berkongsi pengalamannya berjumpa dengan ahli BTS. Dia memberitahu bahawa dia berpeluang untuk bercakap dengan kesemua enam ahli yang hadir (Suga tidak dapat hadir kerana demam) dan menyatakan bahawa mereka sangat ‘sweet’.

Khususnya, Jessi mendedahkan bahawa dia meluangkan waktu paling lama bersama Ji-min dan mereka berborak selama 40 minit, bercakap tentang kehidupan.

Jessi turut berkongsi bahawa pada awalnya ketika mereka berjumpa untuk penggambaran iklan ‘SK Telecom’ pada 2016, Ji-min menganggap Jessi sebagai seorang yang sangat menakutkan. Namun, selepas berjumpa sekali lagi di parti “Jack in the Box”, tanggapannya nampaknya telah berubah. Menurut Jessi,

Dia fikir saya benar-benar menakutkan, dan kemudian dia melihat saya di parti dan seperti, ‘anda tidak menakutkan sama sekali!’.

jimin bts jessi

Dah ‘kamceng’ mereka sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...