Nampaknya, debut solo J-Hope bukan sahaja mendapat perhatian dari peminat namun ramai selebriti turut memberi sokongan buat idola itu.

Bagi meraikan album solonya, pada 14 Julai, J-Hope telah mengadakan parti mendengar “Jack in the Box”, yang berlangsung di HYBE.
Dalam foto yang dikongsi, berpuluh-puluh selebriti telah hadir dengan penuh gaya dan turut berkongsi mesej manis menyokong penampilan J-Hope sebagai artis solo.
Pertama sekali, ahli BTS pastinya datang dan mereka dilihat menikmati masa mereka di situ dengan menari, dan berborak bersama dengan selebriti lain yang turut tampil di situ.
Selebriti popular lain yang menghadiri parti “Jack in the Box” adalah Jessi, Tae-yang BIGBANG, Heize, Sun-mi, Hyun-A, Dawn, Simon Dominic, Bibi, Cha Eun-woo, Park Hyung-sik, Zico dan ramai lagi. Memang meriah betul!
Dalam pada itu, J-Hope akan membuat debut solonya dengan album penuh “Jack in the Box” yang mempunyai sejumlah 10 lagu, dengan “MORE” dan “Arson” sebagai judul lagu.
Jangan lupa nantikan pada 15 Julai hari ini, jam 12 tengahari!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.