Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung memang tidak dinafikan mempunyai keserasian yang hebat kan?

Baru-baru ini, pelakon utama “Dr. Romantic 3” iaitu Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung telah tampil dalam saluran YouTube “SBS Catch” di mana kedua mereka berpura-pura menjadi doktor dan pesakit, sambil memeriksa satu sama lain.
Bermain sebagai pesakit pertama, Lee Sung-kyung ditanya tentang saiz tangannya. Ahn Hyo-seop secara berseloroh memberitahu,
Ia tidak begitu baik. Darah anda tidak beredar dengan baik.
Respon pelakon wanita itu bingung,
Ah, saiz tangan seperti ini bermakna darah saya tidak beredar dengan baik?
Kemudian, Lee Sung-kyung juga turut ditanya tentang apakah maksud Woo-jin bagi Eun-jae, iaitu nama watak mereka dalam drama tersebut. Jawab wanita itu,
Dia cinta saya, segala-galanya buat saya, lelaki saya, masa depan saya dan lelaki terbaik.
Ditanya soalan yang sama, Ahn Hyo-seop menjawab,
Eun-jae adalah alat pernafasan saya kerana saya akan mati jika saya tidak memilikinya.
Comel la dorang ni!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉