Ikuti Kami:

“Dia Ada Isu Dengan Geng ‘Running Man’ Ke?” – Lee Kwangsoo Dipersoal ‘Belot’ Kerana Hal Ini

“Dia Ada Isu Dengan Geng ‘Running Man’ Ke?” – Lee Kwangsoo Dipersoal ‘Belot’ Kerana Hal Ini

Meskipun sudah beberapa tahun meninggalkan “Running Man” namun masih ada yang terus menyebut mengenai Lee Kwang-soo.

Pada asalnya keluar kerana isu kecederaan kaki yang mengganggu prestasinya dalam program itu, pelakon tinggi lampai itu bagaimanapun dilihat aktif menyertai beberapa program hiburan lain seperti “Korea No 1”, “The Zone: Survival Mission” dan banyak lagi.

lee kwangsoo

Terbaru, Lee Kwang-soo disahkan bakal menyertai program hiburan terbaru kelolaan Na Young-seok PD bersama rakan baiknya iaitu Kim Woo-bin, Kim Ki-bang dan Do Kyung-soo EXO.

Pun begitu, terdapat suara suara sumbang yang mempersoalkan sebab lelaki itu boleh menyertai pelbagai rancangan lain dan meninggalkan “Running Man”.

Lee kwangsoo running man

Kata seorang peminat,

Lee Kwang-soo ni keluar ‘Running Man’ sebab apa sebenarnya? Kata sebab kecederaan kaki.. tapi lepas keluar dia banyak sertai realiti TV lain pula.. Aku syak dia ada masalah dengan pasukan ‘Running Man’ lah.

Mungkin kerana bercanggah dengan apa yang dikatakan dahulu, ada tertanya-tanya apakah sebab sebenar Lee Kwang-soo mengundurkan diri dari “Running Man”.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...