Ikuti Kami:

“Teringat Lee Kwangsoo” – Tindakan Yang Sechan Jaga Song Jihyo Dalam ‘Running Man’ Jadi Perhatian

“Teringat Lee Kwangsoo” – Tindakan Yang Sechan Jaga Song Jihyo Dalam ‘Running Man’ Jadi Perhatian

Walaupun tidak masuk selama ahli lain, namun Yang Se-chan dan Jeon So-min mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan keluarga “Running Man”.

Malah kesemua ahli program itu akan sentiasa menjaga satu sama lain tak mengira masa. Seperti satu insiden di mana Yang Se-chan membantu Song Ji-hyo dalam episod terbaru program itu.

Dalam salah satu misi, Jeon So-min dan Song Ji-hyo telah berlawan tolak-menolak di mana siapa yang baring di atas dulang air dahulu akan dikira sebagai kalah. Menggunakan sekuat tenaga, pakaian Song Ji-hyo tanpa sengaja telah terselak sekaligus menampakkan bahagian perutnya pada semua semua di situ.

song jihyo yang sechan

Bagi memastikan ‘kakak’nya itu selesa, Yang Se-chan dilihat menarik baju itu dan menyelitnya ke dalam seluar secara senyap. Para penonton yang melihat insiden itu memuji lelaki berkenaan kerana sentiasa menjaga Song Ji-hyo.

Bahkan ada yang membandingkan itu sebagai sama seperti apa yang Lee Kwang-soo sering lakukan suatu ketika dahulu.

Suka tengok dorang~ akrab kan semua? Dalam diam pun, mesti akan menjaga satu sama lain.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...