Ikuti Kami:

“Dia Ada Hidupnya Sendiri..” – Honey Lee Enggan Dedah Wajah Anak Atas Sebab Ini

“Dia Ada Hidupnya Sendiri..” – Honey Lee Enggan Dedah Wajah Anak Atas Sebab Ini

Umum pasti mengetahui bahawa Honey Lee telah selamat menjadi ibu kepada cahaya mata pertamanya pada Jun lalu.

Baru-baru ini, Honey Lee telah melancarkan satu video baru di saluran YouTubenya, di mana dia menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh peminat.

Khususnya ada seorang peminat bertanya sama ada Honey Lee mempunyai rancangan untuk membuat vlog bersama dengan anak perempuannya. Pelakon itu menjawab,

Saya ada memikirkannya, tetapi itu akan memerlukan saya untuk mendedahkan anak perempuan saya kepada orang ramai. Saya secara peribadi tidak fikir saya boleh membuat keputusan secara unilateral tanpa persetujuannya.

Tambah Honey Lee lagi dalam menjelaskan sebabnya,

Dia mempunyai kehidupannya sendiri. Dia datang kepada saya dan saya tidak berniat untuk menganggapnya sebagai orang yang saya miliki. Saya mahu menjadi seorang penolong yang boleh membantunya membentuk hidupnya. Ada kalanya saya terfikir adakah saya berhak berbuat demikian.

Betul juga apa yang Honey Lee cakap, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...