Setelah 16 episod, drama “The Interest of Love” telah pun menemui penghujungnya.
Terbaru, teraju utama drama itu iaitu Moon Ga-young, telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tamatnya naskhah berkenaan. Ketika sesi temu bual, dia ditanya tentang keserasiannya bersama rakan pelakonnya, Yoo Yeon-seok. Kongsi pelakon wanita itu,
Kami benar-benar mempunyai banyak skrip dan adegan emosi jadi, kami bergantung pada satu sama lain dan melakukannya dengan baik ketika penggambaran.
Bagi siapa yang menonton drama “The Interest of Love”, pastinya akan tahu bahawa Moon Ga-young dan Yoo Yeon-seok mempunyai banyak babak cium ‘panas’ bersama. Respon Moon Ga-young yang memainkan watak Soo-young mengenai adegan berkenaan,
Adegan cium dengan Yeon-seok di gelanggang hoki..kami berdua bergurau sesama sendiri dengan berkata ‘Ini adalah adegan aksi’.
Jelasnya lagi,
Memandangkan kami mempunyai ‘chemistry’ yang baik, terdapat banyak petua untuk membuat adegan cium itu kelihatan lebih baik. Yeon-seok mempunyai banyak petua jadi, saya bergantung kepadanya.
Moon Ga-young berlakon dengan sesiapa pun, mesti akan ada ‘chemistry’!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉