Masih tak percaya kan pelakon Lee Sun-kyun sudah meninggalkan kita..
Terbaru pada 22 Julai, sidang media untuk filem “The Land of Happiness” telah berlangsung dan dihadiri oleh para pelakon seperti Jo Jung-suk, Yoo Jae-myung, Jeon Bae-soo dan ramai lagi.
Untuk pengetahuan, filem ini mengisahkan mengisahkan tentang kes mahkamah yang berlaku selepas pembunuhan presiden Korea Selatan pada tahun 1979 dan merupakan salah satu karya terakhir yang dibintangi Lee Sun-kyun.
Ketika sesi temu bual, Jo Jung-suk mengimbas kembali kenangan ketika melakukan penggambaran bersama mendiang Lee Sun-kyun dan meluahkan perasaannya,
Dia seorang yang sangat penyayang. Tidak pernah ada saaat yang tidak menyeronokkan semasa penggambaran. Saya juga sangat suka bermain dan akan bergurau dengannya.
Puji Jo Jung-suk lagi,
Dia adalah abang yang baik. Dia juga seorang yang bersemangat ketika di set. Saya masih merinduinya.
Mesti ramai juga kan yang rindukan Lee Sun-kyun?