Ikuti Kami:

Gesa Pihak Berkuasa ‘Bongkar’ Kes Penuh, Han Hyojoo Ingin Tahu Kebenaran Sebenar Kematian Mendiang Lee Sunkyun

Gesa Pihak Berkuasa ‘Bongkar’ Kes Penuh, Han Hyojoo Ingin Tahu Kebenaran Sebenar Kematian Mendiang Lee Sunkyun

Pasti ramai yang inginkan keadilan buat mendiang Lee Sun-kyun..

Begitu juga dengan Han Hyo-joo, yang telah memuat naik foto di laman Instagramnya, di mana sidang akhbar untuk ‘Tuntutan artis budaya menghadapi kematian mendiang pelakon Lee Sun-kyun’ sedang berlangsung pada 12 Januari.

Khususnya, sidang akhbar tersebut telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti pengarah Bong Joon-ho, pengarah Jang Ha-jun dan ramai lagi, menggesa agar pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh terhadap kematian Lee Sun-kyun dan pindaan kepada undang-undang semasa untuk melindungi hak asasi manusia artis budaya.

lee sunkyun

Meskipun Han Hyo-joo memuat naik gambar itu tanpa sebarang kapsyen, ia ditafsirkan sebagai ungkapan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan.

Dengan ini, wanita itu juga telah menunjukkan solidariti sebagai rakan sekerja dan junior dalam industri yang sama dengan mendiang.

Semoga mendiang Lee Sun-kyun akan dapat keadilan yang sewajarnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...