Ikuti Kami:

“Dia 100 Kali Lebih Kacak Bila Jumpa Secara Bersemuka” – Individu Puji Penampilan Ahn Bohyun

“Dia 100 Kali Lebih Kacak Bila Jumpa Secara Bersemuka” – Individu Puji Penampilan Ahn Bohyun

Ada tak peminat Ahn Bo-hyun kat sini?

Baru-baru ini pada siaran 28 Julai program tvN “The Backpacker Chef” yang disertai Baek Jong-won, Oh Dae-hwan, Ahn Bo-hyun dan DinDin, telah ditayangkan.

Pada episod ke-10 yang ditayangkan itu, kesemua ahli mengadakan lawatan perniagaan ke latihan memadam kebakaran am Pusat Latihan Perkhidmatan Bomba Negara, di mana pasukan dan tempat bakal anggota bomba berkumpul.

ahn bohyun

Dalam episod tersebut, Ahn Bo-hyun kelihatan sangat sibuk di dapur. Dia menjaga sayur-sayuran goreng, memasak ‘bulgogi’ dan pelbagai lagi tugasan yang dilakukannya. Ahn Bo-hyun yang memainkan peranan aktif di dapur, memuji dirinya sendiri,

Bukankah saya hampir seperti robot?

Selain itu, Ahn Bo-hyun juga dikenali sebagai ‘sinar matahari’ dalam kalangan bakal anggota bomba. Mereka memuji penampilannya,

Kamu kacak.

Ahn Bo-hyun membalas dengan rendah hati,

Saya dalam keadaan teruk sekarang.

tvn the backpacker chef

Bagaimanapun, bakal anggota bomba yang sudah menerima makanan sepertinya tidak dapat mengalihkan pandangan mereka dari Ahn Bo-hyun. Kesemua mereka memuji penampilan pelakon itu dengan berkata,

Ahn Bo-hyun, proporsinya berbeza.

Dia terlalu tinggi.

Dia hampir 100 kali lebih kacak bila lihat secara bersemuka.

tvn the backpacker chef

Dalam pada itu, “The Backpacker Chef” ialah rancangan yang mengikuti 4 ahli iaitu Baek Jong-won, Oh Dae-hwan, Ahn Bo-hyun dan DinDin yang pergi menyelesaikan misi, ke mana sahaja pelanggan mereka memanggil. Arahan tugasan akan diberikan dan mereka akan mengetahui butiran tentang misi apabila tiba di lokasi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...