Ikuti Kami:

Detektif Cari Pembunuh Adik, Episod Awal ‘Longing For You’ Raih Rating 1%

Detektif Cari Pembunuh Adik, Episod Awal ‘Longing For You’ Raih Rating 1%

Akhirnya, selepas sekian lama menanti, drama diterajui Na In-woo dan Kim Ji-eun “Longing For You” memulakan siaran.

Drama ini mengikuti seorang detektif yang bertekad untuk menangkap seorang pembunuh bersiri dan membongkar rahsia serta keinginan keluarganya yang tersembunyi.

[Amaran SPOILER]

Kehidupan seorang detektif di kawasan kecil yang tiada jenayah mula berubah apabila adiknya, Oh Jin-woo (Ren)  dituduh sebagai pembunuh. Walau bagaimanapun, lelaki itu dibunuh selepas namanya dibersihkan. Oh Jin-seong (Na In-woo) yang tidak berpuas hati dengan kejadian ini, mula menyelongkar cerita sebenar dan terpaksa menghadapi kebenaran menyakitkan mengenai rahsia keluarganya.

longing for you

Untuk episod awal ini, “Longing For You” hanya mampu meraih rating sebanyak 1.4% dan 1.8%. Walaupun bermula rendah namun ianya mungkin akan menaik dengan lebih tinggi sekiranya mampu mengekalkan momentum plot yang baik.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...