Ikuti Kami:

“Dengan Suara Yang Comel..” – Suka Bergurau, Park Minyoung Dedah Perangai ‘Manja’ Na Inwoo

“Dengan Suara Yang Comel..” – Suka Bergurau, Park Minyoung Dedah Perangai ‘Manja’ Na Inwoo

Pada 17 Februari, Na In-woo dan Park Min-young telah membuat kemunculan sebagai tetamu di dalam rancangan hiburan “Amazing Saturday”.

Di mana dalam rancangan tersebut, Park Min-young bersama dengan salah seorang ahli rancangan itu iaitu Moon Se-yoon, telah mendedahkan sisi sebenar pelakon lelaki tersebut.

Ketika ditanya mengenai sikap Na In-woo, Park Min-young berkata,

Personaliti Na In-woo sama seperti apa yang dia tunjukkan di dalam rancangan hiburan. Dia seorang yang suka bergurau dan banyak bermain tapi sejurus selepas penggambaran dimulakan, dia terus mendalami watak yang dia bawa.

Tambah pelakon wanita itu lagi,

Na In-woo sangat manja dan dia selalu panggil saya ‘kakak’ dengan suara yang comel, tetapi bila mula berlakon, suara dia jadi lain.

na-inwoo-park-minyoung-amazing-saturday

Dia menyambung,

Pada mulanya saya agak terkejut kerana saya tak pernah jumpa orang seperti ini. Namun, lama kelamaan saya sudah dapat biasakan diri dengan sisi sebenar Na In-woo.

Mesti Na In-woo selalu buat kelakar masa penggambaran kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.