Lee Na-eun kembali aktif dalam kerjaya lakonannya!
Menurut laporan media pada 31 Januari, agensi Lee Na-eun telah mengesahkan bahawa pelakon itu bakal muncul sebagai watak utama dalam drama berjudul “I Shopping”.
“I Shopping” merupakan drama yang diadaptasikan dari Webtoon dengan tajuk yang sama. Di mana, ia mengisahkan tentang agensi yang membeli anak-anak terbiar daripada ibu bapa mereka dan menawarkan pelbagai harga.
Drama ini akan menunjukkan perjalanan kesemua mangsa yang dibeli untuk bertahan dan menggunakan kemarahan mereka sebagai senjata untuk membalas dendam.
Terlebih dahulu, Yeon Jung-ah dan Won Jin-ah telah dikatakan bakal turut muncul di dalam drama ini.
Malah, drama ini turut menjadi tarikan ramai selepas ia mengumumkan bahawa YouTuber dan bintang personaliti terkenal iaitu Dex juga akan menyertai barisan pelakon drama tersebut.
Dalam masa yang sama, rata-rata peminat juga sudah tidak sabar lagi untuk melihat sisi baharu Lee Na-eun dalam “I Shopping”.
Macam seronok je jalan cerita dia kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.