Ikuti Kami:

2 Tahun Senyap Selepas Kes Buli, Lee Naeun Sah Kembali Dalam Drama ‘Chaebol X Detective’

2 Tahun Senyap Selepas Kes Buli, Lee Naeun Sah Kembali Dalam Drama ‘Chaebol X Detective’

Lee Na-eun akhirnya kembali dengan drama baru.

Selepas lebih dua tahun berehat disebabkan kontroversi buli, pelakon serta bekas ahli kumpulan APRIL iaitu Lee Na-eun bakal membintangi drama “Chaebol X Detective”.

Watak utama bagi drama “Chaebol X Detective” akan dilakonkan oleh Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun. Dalam masa yang sama, drama ini akan mula ditayangkan pada Januari 2024.

Terlebih dahulu, Lee Na-eun telah terpalit dalam kes buli selepas bekas ahli kumpulan APRIL iaitu Lee Hyun-joo mendedahkan bahawa dirinya telah dibuli oleh kesemua ahli kumpulan tersebut.

april

Kontroversi yang bertukar menjadi pertempuran undang-undang ini telah dinafikan oleh pelakon tersebut, malah Lee Na-eun juga telah meninggalkan drama “Taxi Driver 2” yang patut dia sertai.

Tidak berhenti di situ, Lee Na-eun juga telah dituduh sebagai pembuli di sekolah, namun tuduhan itu telah dibuktikan palsu dan pelakon itu telah berjaya membersihkan namanya.

Sejurus selepas kumpulan itu dibubarkan, Lee Na-eun telah menandatangani kontrak eksklusif bersama syarikat Namoo Actors dan drama “Chaebol X Detective” ini juga akan menjadi drama pertama yang dia bintangi selepas kontroversi yang melanda dirinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...