Ikuti Kami:

Demi Peminat Korea, John Legend Luah Hasrat Mahu Kolaborasi Dengan BTS & BLACKPINK

Demi Peminat Korea, John Legend Luah Hasrat Mahu Kolaborasi Dengan BTS & BLACKPINK

Penangan industri K-Pop sememangnya sangat luar biasa. Terbaru, penyanyi hebat luar negara, John Legend meluahkan hasrat untuk berkolaborasi bersama artis K-Pop. Siapa ye?

Baru-baru ini, Kakao Entertainment berkongsi bahawa John Legend mengeluarkan album terbarunya, “LEGEND” pada 9 September menerusi platform Melon secara atas dan luar talian. john legendMelihat kepada kejayaan pelancaran lagu tersebut, John Legend meluahkan keyakinannya dengan berkata,

Saya ingin menghasilkan album yang membawa keseronokkan, keindahan dan elemen ‘seksi’ dalam setiap muzik. 

Memandangkan John Legend juga mempunyai peminat yang berasal daripada Korea, dia turut merasakan bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk berkolaborasi dengan penyanyi Korea.

Saya sebenarnya kerap memikirkan untuk berkolaborasi dengan artis terkenal di Korea, sama ada BTS atau BLACKPINK. Kalau ada peluang untuk berkerjasama dengan BLACKPINK, saya sebenarnya sudah menyediakan beberapa perancangan yang mereka mungkin suka. 

blackpinkKorang nak tak John Legend kolaborasi dengan BTS atau BLACKPINK?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...