Ikuti Kami:

Kim Seonho, Jisoo BLACKPINK & Ramai Lagi Menang Anugerah Di ‘Seoul Drama Awards’

Kim Seonho, Jisoo BLACKPINK & Ramai Lagi Menang Anugerah Di ‘Seoul Drama Awards’

Kim Seon-ho, Jisoo dan ramai lagi bakal menerima anugerah di “Seoul Drama Awards 2022”. Wah, hebat!

Terbaru, bahagian jawatankuasa “Seoul Drama Awards Organizing Comittee” iaitu Pengerusi Kim Eui-chul dan juga Neowiz mengumumkan pemenang bagi anugerah “Hallyu Drama Male”, “Female Actor Award”, “OST Award” dan juga “Asia Star Award” yang telah dipilih oleh peminat Hallyu serata dunia.

Kalau korang nak tahu, Kim Seon-ho berjaya memenangi anugerah “Male Actor Award” menerusi kategori drama Hallyu iaitu drama hit “Hometown Cha-Cha-Cha”. Drama itu bukan sahaja berjaya meraih perhatian peminat K-Drama secara global, malah turut berjaya meraih rating setinggi 53.4%.hometown chachachaManakala, untuk anugerah “Female Actor Award” dimenangi oleh Jisoo BLACKPINK menerusi drama bersiri siaran JTBC iaitu “SnowDrop”. Jisoo yang membawa watak Eun young-ro dalam drama itu, berjaya melonjakkan rating drama sehingga 41.6%. jisooBagi anugerah “OST Award” yang juga merupakan OST terbaik di antara kesemua OST terbaik drama Hallyu, dimenangi oleh penyanyi Lim Young-woo. Dia memenangi anugerah tersebut bagi lagu OST nyanyiannya iaitu, “Love Always Run Away” menerusi siaran drama KBS, “Young Lady And Gentleman”. lim youngwooAnugerah “Asia Star”, yang dipilih berdasarkan 6 negara Asia iaitu Korea, China, Jepun, Thailand, Filipina, dan Taiwan. Bagi Korea, anugerah tersebut dimiliki oleh Kang Daniel, menerusi drama “Rookie Cops” yang disiarkan di Disney+ dan berjaya meraih rating sebanyak 45.00%.

Manakala, Wallace Chung dari China berjaya meraih anugerah bagi drama YOUKU ” Kerana Cinta” dengan meraih rating sebanyak 45.37%. Yagi Yusei dari Jepun pula berjaya meraih anugerah menerusi drama siaran Mainichi Broadcasting System iaitu “My Beautiful Man”, dengan rating sebanyak 69.70%. kang danielAnugerah “Asia Star” dari negara Thailand dimiliki oleh Krit Amnuaydechkorn menerusi drama siaran Nadao Bangkok iaitu “I Promised You the Moon” dengan rating sebanyak 87.86%. Belle Mariano dari Filipina pula memenangi anugerah tersebut menerusi drama siaran ABS-CBN Corporation iaitu “He’s into Her”dengan rating sebanyak 62.34% dan Alice Ko dari Taiwan memenangi anugerah menerusi drama siaran Three Phoenixes Production iaitu “Rainless Love in a Godless Land” dengan rating sebanyak 38.17%.

Majlis anugerah “The 17th Seoul Drama Awards” pada tahun ini bakal diadakan secara bersua muka buat pertama kalinya selepas 3 tahun sejak COVID-19 melanda. Majlis anugerah ini bakal termasuk dengan pelbagai acara seperti konsert OST pada 17 September, acara sampingan iaitu tayangan GV dan lain-lain lagi pada 21 September, majlis anugerah dan sambutan majlis pada 22 September nanti.

Tahniah buat semua pemenang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...