“Music Bank In Chile” dibatalkan?
Pada 12 November, “Music Bank In Chile” terpaksa dibatalkan dipertengahan persembahan dek kerana cuaca yang agak teruk.
Sebelum kumpulan TXT, ATEEZ, dan NCT DREAM sempat membuat persembahan, pihak penganjur mengumumkan bahawa persembahan selebihnya terpaksa dibatalkan demi untuk menjaga keselamatan semua pihak.
https://twitter.com/JustmePaam/status/1591620650833256450?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1591620650833256450%7Ctwgr%5Ea474d560b280cffaece954c8d4d0903cbd5ff682%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.soompi.com%2Farticle%2F1553994wpp%2Fmusic-bank-in-chile-cancelled-midway-through-due-to-safety-concerns
Antara kumpulan yang sempat membuat persembahan adalah THE BOYZ dan juga (G)I-DLE. Namun, mereka semua berhadapan dengan sedikit kesukaran kerana hujan sudah mulai turun dengan lebat sewaktu mereka membuat persembahan.
Dek kerana itu juga, Shu-hua tergelincir namun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sejurus selepas itu, Ji-sung NCT DREAM sempat menitipkan pesanan buat peminatnya.
Kepada sesiapa sahaja yang hadir pada hari ini, tolong berhati-hati dan jangan sampai sakit. Apabila kami berada di pentas sewaktu pembukaan, saya melihat ramai peminat yang menangis. Saya rasa tidak sedap hati.
Tak apalah, kan demi keselamatan semua…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.