Ikuti Kami:

Demi Babak Nangis Dalam ‘Twinkling Watermelon’, Ryeoun Dedah Pernah Tak Tidur Selama Tiga Malam

Demi Babak Nangis Dalam ‘Twinkling Watermelon’, Ryeoun Dedah Pernah Tak Tidur Selama Tiga Malam

Wow! Sampai macam ni sekali ye.

Pada 30 Oktober, Ryeo-un dan Choi Hyun-wook telah muncul di dalam satu rancangan YouTube “Elle Korea”. Di mana, kedua-dua mereka telah berkongsi pelbagai perkara tentang diri mereka.

Ketika ditanya tentang perkara yang mereka tidak pernah dedahkan kepada sesiapa, Ryeo-un telah memberitahu bahawa dirinya pernah berjaga malam selama 3 hari.

Katanya,

Saya pernah tak tidur malam selama 3 hari. Ianya sebab sebelum ini saya tak pandai berlakon babak menangis. Jadi saya berjaga malam sebab ada kawan saya beritahu yang mata kita akan sakit dan berair jika tidak tidur dan ianya memudahkan kita untuk menangis.

ryeo un hyunwook

Manakala Choi Hyun-wook mendedahkan bahawa dirinya sangat menyukai air malah dia juga sering menghabiskan masanya dengan berendam di dalam bilik air.

Ryeo-un dan Choi Hyun-wook membawa watak sebagai bapa dan anak di dalam drama “Twinkling Watermelon”. Di mana drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang anak yang kembali ke tahun 1995 dan berkawan baik dengan bapanya ketika remaja untuk mengubah kehidupan dirinya serta keluarga.

twinkling watermelon

Patut la lakonan babak nangis Ryeo-un dalam “Twinkling Watermelon” ni gempak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...