Ikuti Kami:

Dek Pelbagai Komen Buruk, Agensi Yoo Jaesuk Umum Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Dek Pelbagai Komen Buruk, Agensi Yoo Jaesuk Umum Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Lumrah jadi selebriti, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dengan mereka. Bahkan pengacara kegemaran ramai iaitu Yoo Jae-suk turut menerima pelbagai komen buruk.

Bagi membendung perkara itu, agensinya iaitu Antenna telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang atas kesemua komen itu. Ulas mereka menerusi sebuah kenyataan rasmi di laman media sosial,

Antenna akan mengambil respon undang-undang yang tegas ke atas tuduhan berniat buruk, gangguan seksual, penyebaran informasi palsu, serangan peribadi, entri berbaur fitnah dan komen buruk di Internet yang ditujukan buat artis di bawah naungan kami.

yoo jaesuk

Tambah agensi itu lagi,

Kami sedang menyediakan tindakan undang-undang terhadap kesemua yang permah menulis komen jahat berdasarkan data dalaman yang dikumpul menerusi pemerhatian sendiri dek berasa risau artis kami akan mengalami kerisauan emosi disebabkannya.

Meskipun Antenna tidak menyatakan secara spesifik mengenai kandungan komen buruk itu, namun ramai yang menebak ia berkaitan ‘serangan’ terhadap program “You Quiz On The Block” yang menjemput presiden Korea iaitu Yoon Seok-yeol baru-baru ini. Bukan di bawah tanggungjawabnya, namun Yoo Jae-suk tanpa sengaja terpalit sekali memandangkan dia merupakan hos program itu.

Dalam pada itu, artis lain yang bernaung di bawan Antenna ialah Yoo Hee-yeol, Jung Seung-hwan dan Lee Mi-joo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...