Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Pertama Kali Nampak Tak Selesa Jadi Hos Tapi Kenapa?

Yoo Jaesuk Pertama Kali Nampak Tak Selesa Jadi Hos Tapi Kenapa?

“You Quiz On The Block” ternyata merupakan antara program santai yang ditayangkan kini.

Biasanya dipenuhi dengan gelak ketawa dan usik-mengusik antara hos Yoo Jae-suk, Jo Se-ho dan tetamu, penonton bagaimanapun perasan bahawa pengacara No 1 itu kelihatan kurang selesa dalam episod terbaru ini.

Kalau anda nak tahu, presiden Korea Selatan yang baru sahaja dilantik iaitu Yoon Seok-yeol telah menjadi tetamu program tersebut. Walau bagaimanapun, ianya telah mendapat tentangan ramai memandangkan rata-rata penonton tidak mahu program hiburan dijadikan platform untuk menyebarkan agenda politik selain sesetengah rakyat yang kurang gemar dek pelantikan lelaki itu.

yoon seokyeol you quiz on the block

Lebih memeranjatkan apabila ada informasi dalaman yang mengatakan bahawa Yoo Jae-suk, Jo Se-ho serta segelintir staf tidak mengetahui mengenai kedatangan presiden Yoon Seok-yeol sehinggalah pada hari penggambaran.

Malah Yoo Jae-suk juga dapat dilihat tidak menyangka Yoon Seok-yeol menjadi tetamu untuk episod kali itu,

Sejujurnya, ini merupakan situasi yang besar. Saya terkesima. Mood di sini tidak dijangka dan semuanya sugul.

Tambahan pula, ketika segmen presiden itu, kedua-dua hos berkenaan dilihat tidak memberikan reaksi yang besar selain lebih senang mengawal ekspresi agar tidak nampak keterlaluan.

Selepas siaran itu, frasa ‘wajah Yoo Jae-suk’ mula trending di serata laman komuniti serta Twitter. Kata penonton,

Saya tak pernah nampak Yoo Jae-suk dengan wajah ketat dan tidak selesa.

Komen lain,

Bahkan MC veteran dalam dunia hiburan pun tak dapat kawal ekspresinya, itu sudah cukup menggambarkan betapa gilanya situasi ini.

 

Tak kisah apa alasannya, sangat tidak adil apabila hos dan kru tidak diberitahu dengan lebih awal mengenai situasi itu.

 

Jarang nampak Yoo Jae-suk membuat ekspresi sebegitu.

 

Yoo Jae-suk nampak seperti kurang senang.

yoo jaesuk you quiz on the block

Dalam pada itu, pentadbiran Yoon Seok-yeol turut menerima kritikan ramai kini dek dakwaan bahawa dia ‘mengarahkan’ agar “You Quiz On The Block” supaya menjemputnya sebagai tetamu.

Tak cukup dengan itu, wakil pentadbiran Moon Jae-in iaitu bekas presiden sebelum ini mendedahkan bahawa mereka pernah meminta untuk menyertai program yang sama pada tahun lalu namun ditolak dengan alasan ianya tidak sesuai untuk hal politik.

Setakat ini, papan penonton “You Quiz On The Block” dipenuhi dengan hantaran penonton yang kecewa dengan keputusan membawa Yoon Seok-yeol sebagai tetamu. Malah Yoo Jae-suk turut terkena tempias dek isu ini.

Tersepit Yoo Jae-suk..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...