Ikuti Kami:

Dek Isu ‘Dikawal’ Seo Yeji, Kim Junghyun Dilapor Kembali Lalui Rawatan Kesihatan Mental

Dek Isu ‘Dikawal’ Seo Yeji, Kim Junghyun Dilapor Kembali Lalui Rawatan Kesihatan Mental

Selepas kontroversi yang menimpa Kim Jung-hyun kerana dikatakan mengikut permintaan bekas kekasihnya, Seo Ye-ji supaya tidak berinteraksi dengan pelakon mahupun staf wanita di set penggambaran “Time” pada tahun 2018, akhirnya pelakon lelaki itu membuat permohonan maaf kelmarin.

Meskipun surat permohonan maaf itu diriliskan menerusi agensinya, namun satu agensi perhubungan awam turut memberikan kemas kini terbaru mengenai tahap kesihatan Kim Jung-hyun. Disebabkan oleh pertikaian di antara pelakon itu dan O& Entertainment yang masih lagi berlangsung, pelakon tersebut terpaksa menggunakan perkhidmatan tersebut.

kim junghyun

Kim Jung-hyun tidak dapat menerima bantuan agensinya sekarang buat masa ini lantas tidak dapat memohon maaf dan menyampaikan rasa bersalahnya mengenai isu yang berbangkit kerana dirinya. Kim Jung-hyun sedar mengenai kesalahannya dan menulis surat memohon maaf bagi mendapatkan kemaafan berkaitan isu tersebut, terutama sekali.

Kim Jung-hyun telah menerima rawatan di hospital untuk kemurungan dan insomnia yang sudah membebani dirinya sejak mula berlakon lagi. Tahap kesihatannya semakin baik, hasil daripada pengurusan dirinya yang konsisten. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh isu baru-baru ini, kesihatan mental dia mula merosot dan kini berada pada fasa di mana dia perlu mendapatkan rawatan semula. Dia kini berada di bawah jagaan keluarganya. Ia adalah surat permohonan maaf yang ditulis dengan berani dan kekuatan untuk bertanggungjawab terhadap kesalahannya meskipun kesihatannya yang tidak baik.

Harapnya kesihatan Kim Jung-hyun semakin pulih.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...