Ikuti Kami:

Kim Junghyun Mohon Maaf Atas Kelakuan Tidak Profesional Ketika Sidang Media Drama ‘Time’ Pada 2018

Kim Junghyun Mohon Maaf Atas Kelakuan Tidak Profesional Ketika Sidang Media Drama ‘Time’ Pada 2018

Selepas kontroversi Seo Ye-ji yang dikatakan mengawal ‘sentuhan fizikal’ Kim Jung-hyun bersama rakan pelakonnya dalam drama “Time” pada tahun 2018, akhirnya pelakon lelaki itu tampil membuat permohonan maaf.

Hello, ini ialah Kim Jung-hyun.

Drama ‘Time’ ialah merupakan projek lakonan pertama saya sebagai watak utama, jadi ianya juga merupakan satu projek yang bermakna buat saya. Tapi saya membawa kekesalan dan luka buat pengarah, penulis skrip, rakan pelakon dan juga staf. Saya memohon maaf.

Memori ketika sidang media ‘Time’ masih lagi terpahat di dalam minda saya seperti parut. Bahkan saya sendiri tidak dapat memaafkan kelakuan saya pada ketika itu. Saya berasa sangat kesal sehingga berharap agar dapat putar kembali waktu.

Saya sendiri yang melakukan perbuatan memalukan itu dek masalah peribadi. Saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai protagonis drama tersebut dan pelakon. Tanpa memberi sebarang alasan, saya minta maaf.

Proses saya mengundurkan diri daripada drama ‘Time’ dan perlakuan saya pada sidang media itu adalah salah. Saya seikhlasnya memohon maaf kepada Seo-hyun yang terluka kerananya dan juga kepada kakitangan yang bekerja keras pada ketika itu.

Saya percaya saya perlu melawat setiap daripada staf ‘Time’ serta semua yang disakiti saya dan memohon maaf kepada mereka secara peribadi. Walaupun akan mengambil masa yang lama, saya akan berjumpa pengarah dan penulis ‘Time’, para pelakon dan kesemua kakitangan ‘Time’ untuk meminta maaf daripada mereka.

Saya minta maaf kepada agensi saya sekarang O& Entertainment sebagai hak moral dan juga memohon maaf kepada Culture Depot kerana menyebabkan mereka terpalit dengan sesuatu yang tidak baik. Saya juga memohon maaf kepada peminat yang sentiasa percaya dan menantikan saya.

Saya menundukkan kepala bagi memohon maaf kepada semua yang terasa dengan saya. Sepanjang menulis surat ini, saya turut bermuhasabah diri dan melihat kembali kesalahan dan kesilapan perlakuan saya. Jikalau diberi peluang, saya tidak akan mensia-siakannya dan bekerja keras untuk menjadi pelakon baik yang mampu bermuhasabah dan menguruskan dirinya sendiri. Saya meminta maaf.

kontroversi kim junghyun

Hmmm.. moga ia jadi pengajaran kepada Kim Jung-hyun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...