Dedah Sudah 3 Tahun Bercinta, Ok Taecyeon Muat Naik Surat Mohon Maaf Buat Peminat

ok taecyeon mohon maaf bercinta

Selepas khabar angin berterbangan mengatakan bahawa dia dan teman wanitanya kelihatan sedang bertemu janji dengan gembiranya di sebuah ladang di Pyeongchang, akhirnya Ok Taec-yeon mengakui bahawa dia kini sedang berpacaran.

Menurut sumber lain, kekasih Ok Taec-yeon itu merupakan seorang staf pejabat biasa berusia 29 tahun dan mereka sudah menyulam kasih selama 3 tahun lamanya. Senyap-senyap tau!

Selepas berita itu sampai ke pengetahuan semua, ahli kumpulan 2PM itu memuat naik satu entri mengenai hal tersebut buat peminatnya.

Saya memohon maaf kepada semua yang terkejut dan kecewa dengan berita yang dikhabarkan secara tiba-tiba ini. Lama saya berfikir bagaimana untuk menyatakan mengenai hal ini dan saya minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menulis kepada anda.

Saya sedar ramai yang risaukan saya. Oleh sebab itu, saya akan terus melakukan yang terbaik sebagai seorang pelakon dan juga ahli 2PM seperti yang saya lakukan selama ini. Jadi, terus melihat saya.

Terima kasih kerana terus menyokong meskipun saya banyak kekurangan.

Rata-rata peminat yang membaca nukilannya itu meluahkan rasa gembira kerana pelakon kegemaran mereka sudah bertemu dengan seseorang yang mampu menjaganya dengan baik. Malahan ramai yang berasa cemburu dengan kekasih Ok Taec-yeon kerana mendapat seorang lelaki yang baik sepertinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply