Ikuti Kami:

Sudah 3 Tahun Menyulam Kasih, Ok Taecyeon Sah Bercinta Dengan Seorang Gadis Bukan Selebriti

Sudah 3 Tahun Menyulam Kasih, Ok Taecyeon Sah Bercinta Dengan Seorang Gadis Bukan Selebriti

Ok Taec-yeon sememangnya menjadi kegilaan ramai wanita dek tubuh badannya yang sasa dan juga kerana wajah yang tampan. Memulakan kerjaya seninya sebagai idola dalam kumpulan 2PM, lelaki itu kemudian mengembangkan bakatnya ke dalam industri lakonan pula.

Sudah pun mencecah usia 32 tahun, Ok Taec-yeon langsung tak pernah terpalit dengan mana-mana kontroversi buruk. Dalam diam sebenarnya lelaki kacak ini sudah pun mempunyai kekasih dan hal ini turut disahkan oleh tuan empunya badan sendiri!

Bermula dengan khabar angin yang berterbangan mengatakan bahawa dia dan teman wanitanya kelihatan sedang bertemu janji dengan gembiranya di sebuah ladang di Pyeongchang, nampaknya perkara itu tidak dapat dinafikan lagi. Bahkan banyak juga netizen lain yang mengakui pernah melihat pasangan tersebut dating di merata tempat.

ok taecyeon bercinta

Menurut sumber lain, kekasih Ok Taec-yeon itu merupakan seorang staf pejabat biasa berusia 29 tahun dan mereka sudah menyulam kasih selama 3 tahun lamanya.

Susulan khabar angin itu, agensi naungannya iaitu 51K juga turut tampil untuk mengesahkan berita tersebut.

Memang benar Taec-yeon sedang bercinta dengan seorang wanita bukan selebriti.

Walaubagaimanapun mereka tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana tidak mahu melanggar hak privasi selebriti itu dan juga teman wanitanya yang bukan berada dalam industri seni.

Tahniah Taec-yeon dan pasangannya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...