Utama K-Pop Debut Solo Nayeon TWICE Tersenarai Tinggi Dalam Carta Billboard 200

Debut Solo Nayeon TWICE Tersenarai Tinggi Dalam Carta Billboard 200

nayeon

Debut album solo Na-yeon TWICE kini dalam carta ke-10 Billboard 200! Hebat betul!

Debut solo Na-yeon semestinya satu fenomena yang luar biasa. Di setiap platform media sosial, akan dipenuhi dengan lagu malah tarian yang ditiru peminat terutama sekali lagu “POP!”.

Kini, pengaruh lagu-lagu Na-yeon nyata memberi kesan apabila menerusi update Billboard untuk minggu ini, album mini pertama Na-yeon berjudul “IM NAYEON” menduduki tempat ke-7 dalam carta album utama Billboard AS “Billboard 200”.nayeonPencapaian ini sekaligus menjadikan Na-yeon sebagai penyanyi solo K-Pop pertama yang memasuki carta 10 teratas, serta kedudukan carta tertinggi dalam kalangan semua artis solo K-Pop dalam sejarah Billboard.

Album “IM NAYEON” kini merekodkan sejumlah 57,000 unit. Bagi jualan album fizikal Na-yeon adalah sebanyak 52,000 salinan dan permintaan strim yang juga cukup tinggi iaitu sebanyak 6.56 juta.nayeonTahniah! Hebat betul penangan Na-yeon! Korang ada try tak menari lagu “POP!”? Katanya hand movements macam susah je…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERKorea Herald
Loading...