Ikuti Kami:

“Saya Menangis & Tertekan…” – Nayeon Kongsi Kesukaran Siapkan Debut Solo

“Saya Menangis & Tertekan…” – Nayeon Kongsi Kesukaran Siapkan Debut Solo

Bintang hebat, Im Na-yeon yang baru sahaja melancarkan album solonya baru-baru ini berkongsi mengenai tekanan yang dialami sehinggakan dia menangis. Kesiannya…

Menerusi sesi temu bual eksklusif “Who Am I? IM NAYEON”yang dimuat naik melalui akaun YouTube rasmi TWICE, Na-yeon dengan tenangnya bercerita mengenai tekanan yang dibawa. Na-yeon berkata sebagai ahli TWICE pertama yang debut secara solo, dia bukan sahaja merasakan tekanan untuk debut itu, bahkan tekanan untuk membawa nama baik TWICE.

Pada mulanya, Na-yeon berkata dia mula merasa sedikit tekanan apabila JYP Entertainment memaklumkan untuk debut solonya sewaktu mereka sedang meneliti jadual tahunan kumpulan TWICE. Sejurus pulang ke rumah, dia mula fikir banyak.nayeon

Saya takut saya tak mampu lakukannya. Patutkah saya beritahu mereka saya tak mahu? Saya tiba-tiba berasa takut untuk membuat promosi solo dan membuat persembahan tanpa yang lain.

Namun begitu, Na-yeon tetap mendapat sokongan daripada ahli kumpulan TWICE yang lain malah turut mendapat sokongan hebat daripada J.Y Park.

J.Y Park berkata kepada saya, jika saya membuat aktiviti secara solo ini, ianya bukan untuk kebaikkan saya sahaja tetapi untuk TWICE juga. Kata-kata itu banyak membantu saya. 

Di samping itu, tekanan kian menjadi lebih hebat apabila dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan suara yang sesuai sewaktu latihan rakaman. Dia juga sering berasa gelisah sewaktu mendapatkan rakaman yang sempurna.nayeonPada akhirnya, Na-yeon cuba untuk terus kekal positif dan menamatkan rakaman dengan baik apabila dia cuba menikmati waktu-waktu latihan tersebut.

Kesian kan? Bukan senang nak dapatkan hasil yang sempurna. Syabas Na-yeon atas usaha yang hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...