Utama Filem Korea Debut Filem Pertama, Jisoo BP Akan Muncul Dalam ‘Dr. Cheon And Lost...

Debut Filem Pertama, Jisoo BP Akan Muncul Dalam ‘Dr. Cheon And Lost Talisman’

jisoo blackpink

Selepas drama, Ji-soo akan membuat debutnya sebagai pelakon dalam sebuah filem!

Terbaru pada 19 September, sidang media untuk tayangan filem “Dr. Cheon and Lost Talisman” telah diadakan, di mana pengarah ada mendedahkan bahawa Ji-soo BLACKPINK akan membuat penampilan istimewa dalam karya berkenaan.

Pada awalnya, pengarah Kim Sung-sik menjelaskan,

Saya sedang mencari pelakon yang sesuai dengan imej pari-pari dan saya terfikir tentang Ji-soo selepas menonton drama ‘Snowdrop’.

Sambungnya lagi sambil ketawa,

Ia adalah kerana 50% kasih sayang sebagai peminat dan 50% adalah nasib. Nasib baik, waktu penggambaran sesuai dengan jadual Ji-soo.

Dr. Cheon and Lost Talisman

Sementara itu, “Dr. Cheon and Lost Talisman” yang diterajui Kang Dong-won, mengisahkan tentang Dr. Cheon, yang mengendalikan saluran pengusiran setan di YouTube. Dia percaya bahawa dia harus berurusan dengan fikiran orang dan bukannya hantu jadi dia melakukan pengusiran setan palsu ke atas orang. Suatu hari, dia bertemu dengan pelanggan baru yang memintanya untuk menyelamatkan adiknya yang dirasuk.

Nantikan filem “Dr. Cheon and Lost Talisman” akan mula ditayangkan pada 27 September ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMBN
Loading...