Ikuti Kami:

Debut Di Layar Perak, Filem Kim Seonho ‘The Childe’ Bakal Ditayangkan Jun Ini

Debut Di Layar Perak, Filem Kim Seonho ‘The Childe’ Bakal Ditayangkan Jun Ini

Siap sedia semua untuk saksikan debut Kim Seon-ho di layar perak!

Terbaru, filem “The Childe” yang diterajui Kim Seon-ho, Go A-ra, Kim Kang-woo dan Kang Tae-joo telah melancarkan poster pertama sekaligus mengesahkan tarikh tayangannya iaitu pada Jun nanti.

Untuk pengetahuan, “The Childe” akan mengikuti seorang budak lelaki yang bermimpi untuk menjadi seorang peninju, yang dilahirkan oleh bapa Korea dan ibu Filipina.

Kemudian, dia pergi ke Korea Selatan untuk mencari bapanya yang meninggalkannya dan terlibat dengan orang yang tidak baik.

Untuk pengetahuan, ini merupakan filem pertama yang bakal dilakonkan oleh Kim Seon-ho selepas lelaki itu mengecap populariti dalam teater dan pelbagai drama.

Nantikan “The Childe” bakal menemui penonton pada Jun nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...