Ikuti Kami:

Debut Di Hollywood, Filem ‘The Marvels’ Menampilkan Park Seojoon Tayang Julai 2023 Nanti

Debut Di Hollywood, Filem ‘The Marvels’ Menampilkan Park Seojoon Tayang Julai 2023 Nanti

Siap sedia untuk saksikan penampilan Park Seo-joon dalam filem “The Marvels”!

Terbaru, acara “Disney Content Showcase 2022” telah diadakan di dewan acara utama Marina Bay Sands Singapore, mempamerkan lebih daripada 50 filem yang dijadualkan untuk tayang pada tahun 2023 nanti.

Khususnya, filem “The Marvels” iaitu sekuel kepada “Captain Marvels” telah mengesahkan tayangannya pada Julai 2023, bermakna penampilan sulung rasmi Park Seo-joon di Hollywood turut akan menemui penonton tak lama lagi.

park seojoon

Untuk pengetahuan, filem tersebut turut akan menampilkan bintang popular Brie Larson, Iman Vellani, Teyonah Parris dan Samuel L. Jackson, dengan tambahan baharu Park Seo-joon sebagai Noh-Varr, aka Marvel Boy.

Fuh hebat la Park Seo-joon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...