Ikuti Kami:

Debut 2014, Taeyeon SNSD Jadi Artis Solo Wanita Jual Paling Banyak Album

Debut 2014, Taeyeon SNSD Jadi Artis Solo Wanita Jual Paling Banyak Album

Memulakan karier solo pada 2014, Tae-yeon telah mencipta rekod baharu sebagai artis solo!

Menurut data jualan album terkumpul 10 tahun di Gaon Chart, Tae-yeon GIRLS’ GENERATION telah mencatatkan jualan album tertinggi dalam kalangan penyanyi solo wanita dengan jumlah 1,051,567 salinan. Data ini dikira dengan merumuskan jualan album terkumpul (dari Januari 2011 hingga November 2021), oleh penyanyi yang memulakan kerjaya pada atau selepas 2011 di Gaon Chart.

Tae-yeon memulakan kerjaya solonya dengan single “I”, dan seterusnya mengeluarkan mini album kedua “Why”, album penuh pertama “My Voice”, mini album ketiga “Something New”, album penuh kedua “Purpose” dan mini album keempat “What Do I Call You”. Kesemuanya telah berjaya menarik perhatian peminat.

Sementara itu, Tae-yeon kini dalam persiapan untuk keluaran album penuh ketiganya pada Februari ini, serta bakal rilis single baharu “Can’t Control Myself” pada 17 Januari.

taeyeon can't control myself

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...