Tae-yeon GIRLS’ GENERATION sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula yang telah lama ditunggu-tunggu!
Menurut pelbagai laporan media pada 11 Januari, Tae-yeon akan rilis single pra-keluaran pada 17 Januari ini jam 5 petang, yang membawa kepada kemunculan semulanya dengan album penuh ke-3 pada bulan Februari ini.
Single pra-keluaran “Can’t Control Myself” akan memikat hati pendengar, dengan sisi baharu Tae-yeon sebagai pemuzik.
Selain itu, Tae-yeon juga akan menghadiri acara ‘Gaon Chart Music Awards’ pada 27 Januari ini, di mana peminat menjangkakan bahawa Tae-yeon akan mempersembahkan single “Can’t Control Myself” secara langsung buat pertama kali di situ.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.