Ikuti Kami:

Dari Penulis ‘Fight For My Way’, Park Bogum & IU Dilamar Terajui Drama Baru

Dari Penulis ‘Fight For My Way’, Park Bogum & IU Dilamar Terajui Drama Baru

Selepas “Hotel Del Luna”, pasti ramai yang menunggu drama IU yang seterusnya.

Pada 26 Ogos, IU dilaporkan telah dipilih sebagai watak utama wanita dalam drama baru yang ditulis oleh Lim Sang-cheon. Berikutan itu, agensi IU memberi respon,

Drama yang ditulis oleh Lim Sang-cheon adalah sebuah karya yang sedang dicadangkan dan sedang dalam semakan.

Bukan itu sahaja, Park Bo-gum juga dilaporkan bakal sertai IU dalam drama yang sama. Namun, agensinya menafikan laporan tersebut.

Ia tidak benar. Buat masa ini, tiada perbincangan mengenai kerja itu.

iu park bogum

Untuk pengetahuan, Lim Sang-cheon pernah menulis drama popular seperti “When The Camelia Blooms” dan “Fight For My Way”. Turut dilaporkan bahawa Lim Sang-cheon akan bekerjasama dengan pengarah Kim Won-suk dari “Signal” dan “My Mister” untuk siri ini.

Jika IU menerima tawaran itu, ini akan menjadi kali kedua dia bekerja dengan pengarah Kim Won-suk selepas “My Mister”.

Alaa..baru nak tengok IU bergandingan dengan Park Bo-gum.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...