Ikuti Kami:

“Dari Peminat No 1 Awak..” – 5 Tahun Bercinta, Hyeri Sokong Kekasih Ryu Junyeol Di Set Drama

“Dari Peminat No 1 Awak..” – 5 Tahun Bercinta, Hyeri Sokong Kekasih Ryu Junyeol Di Set Drama

Sudah lebih 5 tahun bercinta, pasangan Ryu Jun-yeol dan Hye-ri nampaknya sudah makin selesa menunjukkan hubungan mereka secara terbuka.

Terbaru, pengarah untuk drama Ryu Jun-yeol akan datang iaitu “Money Game” telah berkongsi di Instagram miliknya, bahawa Hye-ri telah secara peribadi melawat set penggambaran bagi memberikan sokongan buat kekasihnya itu, sambil menyambut ulang tahun kelahirannya.

Bukan sahaja melawat set drama, malahan, Hye-ri juga turut menghantar trak kopi buat semua pelakon dan staf penggambaran di situ.

pasangan hyeri ryu junyeol

Apa yang menarik perhatian, Hye-ri meninggalkan mesej ‘sweet’ di salah satu sepanduk trak kopi itu dengan menulis,

Selamat hari lahir kepada Ryu Jun-yeol yang tercinta. Daripada peminat No. 1 Ryu Jun-yeol.

Selain itu, salah seorang kakitangan “Money Game” turut memuat naik fotonya bersama Hye-ri, dengan menulis kapsyen,

Teman lelaki Hye-ri mengambil foto ini.

hyeri ryu junyeol

Bagi yang belum tahu, Ryu Jun-yeol dan Hye-ri pertama kali bertemu ketika membintangi bersama dalam drama popular “Reply 1988”, dan secara rasmi mengesahkan hubungan mereka pada Ogos 2017.

Alala bersemut la macam ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...