Sudah menjadi lumrah selebriti Korea supaya menyembunyikan hubungan cinta mereka daripada perhatian umum kerana tidak mahu mengganggu perhatian terhadap kerja mereka.
Pun begitu, terdapat dua pasangan ini yang tidak kisah mempamerkan kemesraan mereka di khalayak umum.
Terbaru, pasangan Ryu Jun-yeol dan Lee Hye-ri serta Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon dilihat hadir sebagai penonton di konsert Billie Eilish yang berlangsung di Gocheok Sky Dome di Guro-go.
Rata-rata peminat yang melihat keseronokan mereka menikmati konsert tersebut meninggalkan komen positif, antaranya, “Saya cemburu melihat double date mereka”, “Seronoknya keluar bersama.”
Syok lah peminat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.