Ikuti Kami:

Dari Menyanyi Hingga Berlakon, Rowoon & Cha Eunwoo Bersaing Sengit Untuk K-Drama

Dari Menyanyi Hingga Berlakon, Rowoon & Cha Eunwoo Bersaing Sengit Untuk K-Drama

Bersaing? Tapi, kedua-dua pelakon berbakat ini mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Tinggi dan kacak serta kedua-duanya merupakan seorang idola K-Pop sebelum menjadi pelakon, Rowoon dan Cha Eun-woo sering dibandingkan kerana mereka mempunyai banyak persamaan.

Walaupun bersiaran di waktu yang berlainan, kedua-dua drama ini telah menarik perhatian ramai apabila pelakon utama mereka merupakan Rowoon dan Cha Eun-woo.

Cha Eun-woo muncul sebagai pelakon di dalam romantik fantasi yang berjudul “A Good Day To Be A Dog”. Di mana ianya menceritakan tentang kisah percintaan antara wanita yang akan bertukar menjadi seekor anjing setiap kali dia mencium seseorang serta seorang lelaki yang takut kepada anjing.

eunwoo

Walaupun lakonan Eun-woo di dalam drama itu dipuji, namun rating yang diterima oleh drama itu adalah rendah berbanding dengan drama-dramanya yang lain.

Dalam masa yang sama, Rowoon bakal muncul sebagai watak utama di dalam drama sejarah, “The Matchmakers”. Rowoon yang mencabar diri untuk membawakan watak komedi buat pertama kalinya, telah membuatkan peminat teruja untuk menonton drama tersebut pada 30 Oktober ini.

rowoon

Dua pelakon yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri, Rowoon dan Cha Eun-woo juga dijangka akan terus bersaing. Lagi-lagi selepas kedua mereka dikenali sebagai wakil pelakon lelaki 20-an.

Dikala sedang bertanding, peminat juga teruja untuk melihat daya tarikan yang akan ditunjukkan lagi oleh mereka di dalam kedua-dua drama mereka iaitu “A Good Day To Be A Dog” dan “The Matchmakers”.

Apa pendapat korang tentang perkara ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...