Ikuti Kami:

Dari Melodi Ke Tarian, Lagu ATEEZ Diplagiat Sekali Lagi

Dari Melodi Ke Tarian, Lagu ATEEZ Diplagiat Sekali Lagi

Nampak gayanya ATEEZ boleh menang anugerah artis paling banyak di plagiat ni

Di industri muzik memang selalu terjadi kejadian di mana satu lagu kedengaran hampir sama seperti lagu yang lain tapi kalau dah selalu terjadi dekat artis atau kumpulan yang sama itu lain la cerita dia kan? Begitulah yang terjadi dekat kumpulan ATEEZ yang baru sahaja menamatkan konsert jelajah dunia mereka ‘The Fellowship: Break The Wall’.

ateez con

Para peminat mula merasakan bahawa ATEEZ merupakan salah satu kumpulan yang sering di plagiat . Salah satu kes yang paling terkenal dan tular di laman sosial ialah kes di mana koreografer terkenal iaitu VATA telah ‘meniru’ gerakan tarian utama dari lagu “Say My Name” daipada ATEEZ ketika bertanding di dalam rancangan Street Man Fighter . Namun, sehingga sekarang pihak VATA tidak memberikan sebarang respons atau menafikan tuduhan yang dituju kepadanya.

Selain tarian, pada awal tahun 2022 salah satu lagu judul utama ATEEZ iaitu “WAVE” telah dijadikan sampel oleh salah seorang komposer tanpa sebarang kebenaran oleh pihak ATEEZ dan lagu itu telah dijadikan sebagai salah satu lagu akhir di rancangan My Teenage Girl.

Tidak berhenti di situ, baru-baru ini tular di media sosial apabila terdapat satu band iaitu 3WICH mengeluarkan lagu baru mereka yang berjudul “Kicking Your Face” dan para peminat mendapati bahawa lagu itu kedengaran sama seperti lagu “Guerilla” daripada ATEEZ selepas mereka membandingkan kedua-dua lagu tersebut.

Namun, pihak 3WICH dan komposer mereka telah menafikan dakwaan tersebut dan mereka telah membuat keputusan untuk mengeluarkan semula lagu itu dari semua platform muzik sehingga isu hak cipta itu diselesaikan.

Jadi apa pendapat korang semua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...