Ikuti Kami:

ATEEZ Umum Tarikh Jelajah Dunia ‘The Fellowship: Break The Wall’

ATEEZ Umum Tarikh Jelajah Dunia ‘The Fellowship: Break The Wall’

ATEEZ umumkan tarikh bagi konsert jelajah dunia “The Fellowship: Break The Wall”! Wah, berita baik ini!

Berita baru yang dikongsi oleh ATEEZ sangat mengujakan apabila mereka telah mengumumkan tarikh dan destinasi untuk jelajah dunia mereka yang akan datang “The Fellowship: Break the Wall” melalui akaun rasmi mereka berserta poster jadual konsert.

ateez

Menurut poster yang dilancarkan, ATEEZ akan memulakan jelajah dunia mereka di Seoul, dan mereka akan melawat ke bandar-bandar seperti di Amerika Syarikat seperti Anaheim, Phoenix, Dallas, Chicago, Atlanta dan Newark pada bulan November, Toronto di Kanada pada bulan Disember, dan berakhir dengan Chiba di Jepun.

Jelajah dunia baru kali ini berjaya dijayakan hasil sokongan penuh peminat dari seluruh dunia yang telah menunjukkan kasih sayang dan sokongan penuh kepada kumpulan itu semasa jelajah dunia mereka sebelum ini. Dalam pada itu, senarai bandar-bandar yang tersenarai dalam jelajah dunia kali ini adalah bandar-bandar yang tidak dapat dikunjungi oleh ATEEZ sebelum ini.

ATEEZ juga dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula dengan album akan datang “The World Ep.1 : Movement” pada 29 Julai ini. Nantikan update seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...