Ikuti Kami:

Dari Masalah Kesihatan Hingga Peribadi, 8 Pelakon Lelaki Ini Dikecualikan Sertai Latihan Ketenteraan

Dari Masalah Kesihatan Hingga Peribadi, 8 Pelakon Lelaki Ini Dikecualikan Sertai Latihan Ketenteraan

Setiap lelaki Korea wajib menjalani latihan ketenteraan apabila mereka sudah mencapai usia 18 tahun ke atas.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 8 pelakon lelaki Korea yang dikecualikan daripada menyertai latihan ketenteraan.

Kim Woobin 

Kim Woo-bin telah disahkan menghidap kanser nasofarinks pada 2017 dan telah mendapatkan rawatan pada tahun yang sama. Walaupun selepas disahkan pulih, pelakon popular ini dikecualikan daripada perkhidmatan tentera atas sebab kesihatan yang tidak baik.

Ahn Hyoseop

Walaupun dilahirkan di Korea, pelakon “A Time Called You” Ahn Hyo-seop berpindah ke Kanada pada usia tujuh tahun dan dibesarkan di sana. Walaupun dia kembali ke Korea apabila berusia tujuh belas tahun, kewarganegaraan Kanadanya itu mengecualikan dia daripada menyertai khidmat tentera.

Yoo Ahin 

Pelakon Yoo Ah-in disahkan menghidap tumor otak dan telah gagal pemeriksaan perubatan untuk ujian kelayakan sebanyak 5 kali. Disebabkan itu, dia serta-merta dikecualikan daripada khidmat tentera.

Jo Jungsuk

Selepas kematian bapanya, pelakon “Hospital Playlist”, Jo Jung-suk menjadi sumber  kewangan utama untuk ibunya. Hal demikian telah memberi kelonggaran kepada Jo Jung-suk untuk mendapat pengecualian tentera bagi menjaga ibunya.

Park Haejin

Park Hae-jin dikecualikan daripada berkhidmat dalam tentera atas alasan kesihatan mental tidak begitu baik. Dinyatakan bahawa dia mengalami kemurungan sejak kecil dan mempunyai fobia sosial yang tidak membenarkannya untuk bergaul dengan orang lain.

Seo Inguk

Selepas empat hari menyertai latihan ketenteraan, Seo In-guk terpaksa berhenti. Semasa menjalankan tugasnya, dia mengalami kecederaan teruk di buku lali. Kemudian, dia disahkan menghidap Osteochondritis Dissecans dan itu menyebabkan dia dikecualikan daripada tentera.

Woo Hyun 

Pelakon Woo Hyun adalah salah seorang wajah yang sangat dikenali dalam drama Korea. Dia telah dikecualikan daripada tentera atas alasan sumbangan dan jasanya kepada Korea Selatan. Dia juga dipenjarakan kerana menyertai Pergerakan Demokrasi Gwanju dan kerajaan Korea Selatan memberi pampasan kepadanya dengan mengecualikannya daripada khidmat tentera.

Bae Yongjoon

Pelakon “Winter Sonata” yang sudah bersara kini, Bae Yong-joon tidak memenuhi piawaian yang diperlukan untuk kategori penglihatan dan dia telah dikecualikan daripada menyertai latihan ketenteraan.

Pelakon mana lagi yang korang tahu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...