Ikuti Kami:

Dari Latar Belakang Kaya & Sekolah Elit, Kenali Keluarga Ahli BLACKPINK

Dari Latar Belakang Kaya & Sekolah Elit, Kenali Keluarga Ahli BLACKPINK

Berjaya di pentas dunia, namun ramai yang mungkin tak tahu bahawa ahli BLACKPINK kesemuanya berasal dari keluarga kaya.

Pernah disebut dalam pelbagai program hiburan, Rosé and Lisa antara yang lahir dalam keluarga kaya dan berada.

Jennie

Menurut sumber dalam, Jennie dibesarkan dalam keluarga yang sudah kaya sejak beberapa generasi. Malah dia tinggal di kejiranan Cheongdamdong, daerah Gangnam, Seoul yang dikenali sebagai perumahan orang terkaya di Korea.

Sedari kecil, gadis itu memasuki Kolej Parnell ACG di New Zealand di mana yuran tahunannya mencecah RM77,530. Disebabkan latar belakang yang mewah, idola tersebut boleh sertai sukan elit seperti menunggang kuda.

Ada yang mengatakan bahawa ibu Jennie merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar CJ E&M.

jennie mom

Rosé 

Rosé dilahirkan di New Zealand dan dibesarkan di Melbourne, Australia. Menurut sumber, dia dtaang dari keluarga kaya dan berpendidikan hebat. Khabarnya, ayah Rosé merupakan peguam terkenal secara antarabangsa manakala ibunya ialah CEO syarikat rekaan dalaman. Kakaknya juga merupakan seorang peguam.

Dahulu, Rosé belajar di Sekolah Antarabangsa Kolej Perempuan Canterbury yang mengenakan bayaran tahunan sebanyak RM77,530. Dalam pada itu, ahli BLACKPINK tersebut mendapat pendidikan baik sejak kecil lantas fasih dalam pelbagai bahasa dan mahir bermain banyak alat muzik.

rose family

Jisoo 

Buat Jisoo, agak kurang khabar angin yang terbang mengenai latar belakang keluarganya. Pun begitu, ada yang mengatakan bahawa ayah wanita tersebut sangat berpengaruh dalam industri. Katanya, dia mungkin merupakan presiden RBW iaitu syarikat naungan MAMAMOO.

jisoo family

Lisa 

Umum mengetahui bahawa ibu bapa Lisa berpisah sejak idola itu masih kecil lagi dan dia membesar di samping ibunya dan bapa tiri, Marco Brüschweiler iaitu seorang cef antarabangsa terkenal.

Menurut kata orang dalam, idola berkenaan merupakan alumni sekolah elit dengan bayaran tahunan sebanyak RM95,602. Disebabkan oleh pendidikan tinggi, Lisa fasih dalam beberapa bahasa seperti Korea, Inggeris, Mandarin dan Jepun.

Khabarnya, Lisa juga mendapat sokongan padu dari ibunya untuk mengejar impian sebagai artis sedari kecil. Kata netizen Thai, pelatih Korea dari sana biasanya memiliki kewangan yang hebat bagi membolehkan mereka tinggal lama di negara itu.

lisa family

Apa pun, kesemua ahli BLACKPINK langsung tidak pernah menayangkan kemewahan keluarga mereka kepada umum dan mencapai kejayaan atas titik peluh sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...