Ikuti Kami:

“Paling Benci..” – Ada Ambil Kesempatan Jual Balik Koleksi BLACKPINK x Starbucks Cecah RM1,500

“Paling Benci..” – Ada Ambil Kesempatan Jual Balik Koleksi BLACKPINK x Starbucks Cecah RM1,500

Umum mengetahui bahawa BLACKPINK mempunyai peminat di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Disebabkan itu, banyak jenama terkenal berebut mahu menjadikan mereka sebagai duta dan rakan kolaborasi dengan produk mereka. Termasuklah jenama minuman popular iaitu Starbucks yang telah mengeluarkan merchandize ‘BLACKPINK x Starbucks’ bermula semalam.

Antara 10 barangan eksklusif yang boleh didapati dalam kolaborasi ini ialah cawan sejuk, tumbler, cawan seramik, beg tote, kunci cincin, bekas passport dengan gabungan warna merah jambu dan hitam, sinonim dengan warna rasmi BLACKPINK.

blackpink starbucks

Kerana kuasa BLACKPINK, kesemua barangan itu terjual dalam masa beberapa jam sahaja kerana ramai BLINK yang sedia menanti seawal Subuh bagi memastikan mereka memiliki barangan eksklusif tersebut.

Walau bagaimanapun, ada yang cuba mengambil kesempatan ke atas peminat yang tidak dapat memebli dengan menaikkan harga hingga RM1,000 meskipun harga asal tak mencapai RM500.

blackpink starbucks

Komen orang ramai yang memarahi tindakan itu,

Boleh beli 3 bulan kali makan weh dengan duit tu.

 

Kalau beli emas, boleh dapat 2 gram dan simpan untuk jangka masa panjang.

 

Paling benci jenis macam ni borong banyak-banyak pastu jual harga mahal.

 

Saya nampak ada yang beli harga RM1,000.

 

Tak lawa pun, apa yang orang nak sangat.

Hmmm.. sampai hati jual mahal..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...